Saturday, October 16, 2010

Mencari Dinamik Politik Kampus

1. Ayat Tesis
- Fenomena ini menyaksikan bagaimana golongan muda yang vokal dan lantang dalam manyatakan pendirian mereka.

2. Ayat Topik
a. Sudut Pidato yang kini dibenarkan semula pelaksanaannya di semua kampus adalah gelanggang perdana kepada pelajar untuk menyatakan sesuatu isu.
b. Pemilihan MPP pada kali nin yang dilangsungkan di semua institusi pengajian tinggi awam (IPTA) nampaknya sudah berakhir.
c. Pihak Kementerian Pengajian Tinggi( KPT) sendiri bersedia menerima apa jua pandangan bagi memantapkan pelaksanaan pemilihan MPP.

3. a. Perenggan Deduktif
Pemilihan MPP pada kali nin yang dilangsungkan di semua institusi pengajian tinggi awam (IPTA) nampaknya sudah berakhir. Apa yang menarik, pemilihan kali ini disifatkan agak “ panas” kerana…
b. Peranggan Induktif
Dalam hal ini, sukar untuk kita membayangkan pemilihan MPP tanpa suara lantang daripada
lajar. Bagaimanapun, kelantangan itu tidaklah sampai ke tahap pertembungan yang boleh
mengancam keselamatan awam apatah lagi Negara. Yang ada...
c. Perenggan Deduktif Kompleks
Bagaimanapun, saya percaya pelaksanaan pemilihan MPP boleh diperkemaskan dari semasa
ke semasa supaya ia mencapai kualiti yang tidak bboleh diragui. Pihak universiti wajar
mengambil iktibar…

4. Teknik yang digunakan dalam perenggan pertama
- Teknik Analogi

5. Perenggan penutup
- Perenggan 19 sehingga perenggan 22
Perpecahan di kalangan pelajar sebelum, menjelang dan pasca pemilihan MPP wajar diperbaiki……..
- Teknik yang digunakan: menyataka semula dan membuat ramalan

6. Perenggan transisi
- Seperti kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed KHALED Nordin, pelaksaan e-undi sewajarnya tidak boleh dipertikaikan terutamanya dalam era…
7. Perenggan dialog
- Tidak ada

8. 3 ciri perenggan yang terbaik:
a. Kepautan
Negara kita tidak terlepas dalam situasi ini. Dalam konteks di institusi pengajian tnggi, kewujudan pelajar yang lantang berrsuara semmangnya tidak dapat dinafikan. Sebagai entiti yang bebas…..
b. Kejelasan
Pihak Kementerian Pengajian Tinggi( KPT) sendiri bersedia menerima apa jua pandangan bagi memantapkan pelaksanaan pemilihan MPP. Menteri sudah menyatakan kesediaannya untuk menerima…
c. Kesempurnaan
Pemilihan MPP ini juga memperlihatkan pengalaman baru bagi sesetangah kampus seperti Universiti Pertahanan Nasional Malaysia( UPNM) apabila kali kedua melaksanakannya sejak ia diperkenalkan tahun lalu. Sebanyak 13 kerusi…

9. Teknik menstruktur idea
a. Teknik contoh dan ilustrasi
- Di sinilah mereka didedahkan dengan eleman penting dalam prose semokrasi seperti kebebasan bersuara dan kuasa untuk memilih pemimpin.
b. Teknik analisis
- Mungkin sedikit mengecewakan ialah pemilihan MPP kali ini masih menyaksikan label diberikan kepada calon yang bertanding. Label seperti proaspirasi dan promahasiswa sebenarnya tidak banyak membantu kepada perkembangan pendidikan politik kepada pelajar.
c. Teknik petikan
- Saya pasti label seperti ini tidak wajar diteruskan apatah lagi calon yang bertanding adalah atas tiket individu. Ia juga tidak melambangkan semangat 1 malaysia sperti digagaskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Friday, September 10, 2010

ulasan filem



The Day After Tomorrow adalah film diksi ilmiah tahun 2004 yang menggambarkan akibat-akibat dari pemanasan global. Jack Hall (Denis Quaid)adalah seorang Paleoclimatologist yang sedang melakukan penelitian di Benua Antartika bersama temannya Frank (Jay O. Sanders) dan Jason (Dash Mihok) mendapati pengeboran terjadi retakan besar seperti membelah benua. Kejadian ini dikemukakan pada Konferensi Pemanasan Global Persyarikatan Bangsa-Bangsa tetapi tidak ada seorang pun yakin termasuk Wakil Presiden Amerika Syarikat, (Kenneth Welsh). Akan tetapi, Profesor Terry Rapson (Ian Holm) dari Pusat Penelitian Iklim Hedland,Skotlandia yakin terhadap Jack disebabkan dia menemui dua pelampung di Atlantik Utara secara bersamaan menunjukkan penurunan suhu air secara besar, dan menyimpulkan bahawa pencairan di kutub telah mengganggu arus Atlantik Utara. Oleh itu, Jack dan kedua temannya membangun model pengiraan cuaca bersama Janet Tokada (Tamlyn Tomita) dari NASA. Pertama sekali, berlaku hujan batu di Chiyoda dan angin topan di L.A. Anak Jack, Sam Hall (Jake Gyllenhaal) berada di New York City untuk pertandingan akademik dengan teman-temannya Brian dan Laura (Arjay Smith dan Emmy Rossum) tidak dapat balik disebabkan cuaca menjadi semakin buruk dengan angin kencang dan hujan deras. Mereka terpaksa berada dalam Perpustakaan Umum New York. Sam menelefon ayahnya dan memberitahunya bahawa dia akan tabah. Sam juga memperingatkan mereka yang sama-sama berada dalam perpustakaan supaya jangan keluar tetapi hanya beberapa orang yang percayai kepadanya. Dalam perpustakaan, mereka membakar buku untuk meningkatkan suhu badan dan mengambil makanan dari mesin penjual. Angin besar melewati New York dan seluruh kota membeku dengan cepat semasa Sam cuba mencari ubat kepada laura. Jack dan Jason sampai di perpustakaan yang terkubur oleh salju dan menemui kelompok Sam hidup dan selamatkan. Presiden memerintah pencarian dan tim penyelamat untuk mencari korban lain, yang telah diberikan tahu oleh Sam. Film berakhir dengan dua astronaut memandang pemandangan bumi dari Luar Angkasa Internasional, menunjukkan suasana belahan bumi utara tertutup.
Pada pendapat saya, filem ini mesti ditonton kerana memperingatkan penduduk bumi ini supaya sayang dan jaga bumi ini dengan sebaik-baiknya. Kejadian sebenar akan berlaku jika kita tidak peduli perubahan bumi ini.

Saturday, August 21, 2010

Selamat Hari Jadi kepada NegaraKu…
Tibalah masa kita mengira hari untuk menyambut hari kemerdekaan ke 53 kepada Negaraku…31 0gos , hari keistimewaan kepada semua rakyat Malaysia. Perjuangan-perjuangan tokoh-tokoh yang amat disanjungi telah membinakan sebuah Negara yang aman dan makmur pada hari ini. Selepas 53 tahun, Negara Malaysia telah pun menjadi sebuah Negara yang maju dan terkenal di seluruh dunia.
Semoga negaraku akan terus maju dan mencapai kecermerlangan di mata dunia.
Merdeka…merdeka…merdeka…

Saturday, August 7, 2010

ciri-ciri penulisan kreatif yang terdapat dalam sajak saya ialah:
1. Menggunakan ragam aktif
Saya menggunakan ayat-ayat pendek dalam sajak. contoh: ku rindu
2. Menggunakan bahasa kiasan
Saya menggunakan peribahasa dan perumpanaan dalam sajak saya untuk memberi gambaran
yang lebih jelas kepada pembaca. contoh perumpaan, sekelip mata
3. Menggunakan wacana pelukis
Dalam sajak saya, saya menggunakan wacana pelukis untuk mambantu saya menggambarkan
perasaan saya dengan berkesan. contoh: air mata umpama air terjun
4. Bersifat komunikatif
saya cuba menggambarkan pengalaman dan perasaan yang tidak sabar untuk menarik
pembaca. contoh: tidak tahu harus bagaimana
5. Bernada puitis
Saya menggunakan kata-kata yang lembut untuk memberi gambaran.
contoh: rindu menjadi semangatku,
rindu menjadi sokonganku,
angin akan membawa rinduku,
sampai di sisi keluargaku.

Bahasa figuratif yang terdapat dalam karya saya ialah:
1. metafora
saya telah membuat perbandingan antara dua perkara yang dilahirkan secara berbeza.
contoh: benang kemesraan
2. personifikasi
Personifikasi bermaksud sifat manusai kepada benda. contoh: angin akan membawa rinduku
sampai di sisi keluargaku
3. simile
saya telah menggunakan perbandingan yang dilakukan secara eksplisit dengan menggunakan
kata-kata yang menunjukkan saya sedang membuat perbandingan. contoh: kata-kata mahal
bak emas akan sentiasa diingati dalam hati ku
4. metonimi
perkataan yang digunakan mempunyai hubungan yang jelas. contoh: ku akan berusaha
mendapat keputusan peperiksaan yang baik untuk mu.
5. hiperbola
saya telah menggunakan kiasan yang melampau. contoh: satu hari perumpamaan satu tahun
6. ambiguiti
saya juga telah menggunakan sifat ketaksabaran. contoh: tidak tahu harus bagaimana

Sunday, August 1, 2010

Rindu Keluarga Rindu

Di kala ku berasa rindu,
tidak tahu harus bagaimana,
ku rindu keluarga yang berada di jauh,
ku rindu keluarga yang dikasihi,
rindu dalam bayangan ceria,
rindu dalam bayangan bahagia,
tetapi ku seorang di sini,
mencari ilmu yang tidak habis dicari,
hidupku sihat sejahtera,
dengan temanan rakan-rakan yang baru,
waktu berpisah denganmu,
satu hari perumpaan satu tahun,
dalam saat-saat ini,
baru ku dapati ku perlu berdikari,
ku rindu,
masa dulu benang kemesraan dengan keluarga,
tangan papa yang kasar,
masakan mama yang enak,
suara bising dengan adik-adik,
semua bahagia sekelip mata muncur di mata ku,
air mata umpama air terjun,
aku akan tekun,
aku akan berusaha,
mendapat keputusan yang baik untukmu,
tidak mengecewakan papa dan mama,
yang memberi harapan yang cerah terhadapku,
bila sampai satu hari nanti,
ku akan membawa kebangaanku kepada mu,
ku akan menjadi seorang yang berguna,
kata-kata mu mahal bak emas sentiasa diigati dalam hati ku,
rindu menjadi semangatku,
rindu menjadi sokonganku,
angin akan membawa rinduku,
sampai di sisi keluargaku....