Saturday, August 21, 2010

Selamat Hari Jadi kepada NegaraKu…
Tibalah masa kita mengira hari untuk menyambut hari kemerdekaan ke 53 kepada Negaraku…31 0gos , hari keistimewaan kepada semua rakyat Malaysia. Perjuangan-perjuangan tokoh-tokoh yang amat disanjungi telah membinakan sebuah Negara yang aman dan makmur pada hari ini. Selepas 53 tahun, Negara Malaysia telah pun menjadi sebuah Negara yang maju dan terkenal di seluruh dunia.
Semoga negaraku akan terus maju dan mencapai kecermerlangan di mata dunia.
Merdeka…merdeka…merdeka…

Saturday, August 7, 2010

ciri-ciri penulisan kreatif yang terdapat dalam sajak saya ialah:
1. Menggunakan ragam aktif
Saya menggunakan ayat-ayat pendek dalam sajak. contoh: ku rindu
2. Menggunakan bahasa kiasan
Saya menggunakan peribahasa dan perumpanaan dalam sajak saya untuk memberi gambaran
yang lebih jelas kepada pembaca. contoh perumpaan, sekelip mata
3. Menggunakan wacana pelukis
Dalam sajak saya, saya menggunakan wacana pelukis untuk mambantu saya menggambarkan
perasaan saya dengan berkesan. contoh: air mata umpama air terjun
4. Bersifat komunikatif
saya cuba menggambarkan pengalaman dan perasaan yang tidak sabar untuk menarik
pembaca. contoh: tidak tahu harus bagaimana
5. Bernada puitis
Saya menggunakan kata-kata yang lembut untuk memberi gambaran.
contoh: rindu menjadi semangatku,
rindu menjadi sokonganku,
angin akan membawa rinduku,
sampai di sisi keluargaku.

Bahasa figuratif yang terdapat dalam karya saya ialah:
1. metafora
saya telah membuat perbandingan antara dua perkara yang dilahirkan secara berbeza.
contoh: benang kemesraan
2. personifikasi
Personifikasi bermaksud sifat manusai kepada benda. contoh: angin akan membawa rinduku
sampai di sisi keluargaku
3. simile
saya telah menggunakan perbandingan yang dilakukan secara eksplisit dengan menggunakan
kata-kata yang menunjukkan saya sedang membuat perbandingan. contoh: kata-kata mahal
bak emas akan sentiasa diingati dalam hati ku
4. metonimi
perkataan yang digunakan mempunyai hubungan yang jelas. contoh: ku akan berusaha
mendapat keputusan peperiksaan yang baik untuk mu.
5. hiperbola
saya telah menggunakan kiasan yang melampau. contoh: satu hari perumpamaan satu tahun
6. ambiguiti
saya juga telah menggunakan sifat ketaksabaran. contoh: tidak tahu harus bagaimana

Sunday, August 1, 2010

Rindu Keluarga Rindu

Di kala ku berasa rindu,
tidak tahu harus bagaimana,
ku rindu keluarga yang berada di jauh,
ku rindu keluarga yang dikasihi,
rindu dalam bayangan ceria,
rindu dalam bayangan bahagia,
tetapi ku seorang di sini,
mencari ilmu yang tidak habis dicari,
hidupku sihat sejahtera,
dengan temanan rakan-rakan yang baru,
waktu berpisah denganmu,
satu hari perumpaan satu tahun,
dalam saat-saat ini,
baru ku dapati ku perlu berdikari,
ku rindu,
masa dulu benang kemesraan dengan keluarga,
tangan papa yang kasar,
masakan mama yang enak,
suara bising dengan adik-adik,
semua bahagia sekelip mata muncur di mata ku,
air mata umpama air terjun,
aku akan tekun,
aku akan berusaha,
mendapat keputusan yang baik untukmu,
tidak mengecewakan papa dan mama,
yang memberi harapan yang cerah terhadapku,
bila sampai satu hari nanti,
ku akan membawa kebangaanku kepada mu,
ku akan menjadi seorang yang berguna,
kata-kata mu mahal bak emas sentiasa diigati dalam hati ku,
rindu menjadi semangatku,
rindu menjadi sokonganku,
angin akan membawa rinduku,
sampai di sisi keluargaku....